Tuesday

lagi cerita kedai kopi

AADK guna Facebook, Twitter

PETALING JAYA - Selaras dengan usaha untuk mencapai sasaran negara bebas dadah 2015, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kini turut menggunakan Facebook dan Twitter sebagai saluran aduan berkaitan dadah.
Pendekatan terbaru menggunakan laman rangkaian sosial itu diperkenalkan sejak awal tahun ini dan mula menerima maklum balas memberangsangkan.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Abd. Bakir Zin berkata, Facebook dan Twitter dilihat mampu menjadi platform dan forum baru kepada orang ramai menyalurkan pendapat dan memberi cadangan khusus untuk membasmi penagihan dan pengedaran dadah.
"Sebelum ini, AADK menggunakan saluran blog, e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi membolehkan orang ramai menyampaikan aduan dan pandangan mereka, kini dua laman sesawang itu juga boleh digunakan.
"AADK memerlukan sokongan ramai dan ingin memperkayakan seberapa banyak maklumat, oleh itu medium terbaru ini akan diguna untuk tujuan yang satu iaitu negara bebas dadah," katanya pada sidang media di sini semalam.
  gua tersengih sorang bila baca berita ni melalui kosmo online..gua baca sambil minum tea o kat mamak bawah opis gua laa..mamak tu sampai pelik tengok gua sengih sorang sorang..dey macha u apahal senyum sorang juga?gua cakap lu tengok berita ini..tapi mamak tu cakap saya tak tau baca melayu..saya india mari..gua agak dia ni mesti satu dari 40 ribu rakyat india yang hilang bila samapai malaysia..gua gelengkan kepala aja laa.. lantak kau laa...gua pun terus baca sambil senyum..AADK baru nak guna facebook ngan twitter..gua ingat mat mat pet dah lama dah guna myspace ngan facebook ni..AADK baru nak guna..lembab tul la tindakan lu orang dalam dunia IT ni..tapi bagi gua ni satu usaha yang baguss..so lps ni takyah susah susah lu orang nak report pakai telepon..post aja kat wall..gua ingat polis bomba pon kena ada facebook ngan twitter aa..senang nak report kes kecurian atau kemalangan atau kebakaran..takde la lagi masalah panggilan palsu..pasni masalah yang baru gua rasa akan timbul postting palsu kat wall faebook..tapi takde la rasa sakit sangat hati operator tu dengar suara orag yang menipu kan..arhh gua malas nak merepek lagii lu orang pikir laaa