Inisiatif kerajaan untuk membolehkan pelajar universiti memiliki netbook sendiri dengan perkhidmatan jalur lebar percuma sememangnya ditunggu-tunggu oleh pelajar dan pensyarah.Pakej daripada Telekom Malaysia Berhad itu yang akan diperkenalkan tahun ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2010 pada Oktober tahun lepas.Buat permulaan, TM akan menawarkan pakej netbook termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma kepada 100,000 pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan
untuk tempoh dua tahun. Pelajar tahun pertama dan daripada keluarga berpendapatan rendah akan diutamakan.
gua rasa ini yang best..lepas ni makin ramai anak muda akan ada blog,web face book myspace tagged dan segala macam...lu orang jangan lupa kasi trima kasih kat kerajaan sebab bagi lu orang free..lu orang juga jangan lupa gunakan kemudahan yang ada untuk belaja cari maklumat dan ajar kat orang orang kampung..dedahkan mereka dengan maklumat yang betul dan tepat..2 tahun lu orang boleh acces free bayar 50 hengget jer..jadilah mahasiswa dan mahasiswi yang berguna untuk rakyat..jangan jadi mahasiswa dan mahasiswi yang tak berguna..kalau lu orang setakat masuk universiti untuk dapat menda ni semua baik lu orang duk umah susahkan mak bapak lagi bagus..blaja nari shuffle lagi elok...senang sikit mak bapak korang nak sepak perut korang laju laju..