Dr M: Undang-undang tidak dapat selesai isu 'Allah'
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kontroversi penggunaan kalimah 'Allah' adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.
"Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah 'Allah' juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan," tulis Dr Mahathir dalam blognya hari ini.
"Undang-undang tidak mengambil kira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut agama yang berlainan.
"Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja," tegasnya.
Sekali lagi aku rasa cam stimm kena estacy bila baca kenyataan x perdana menteri ni....dan aku rasa mat pet yang aku jumpa itu hari makin lalok kalau dia baca kenyataan ini..kalau mahkamah tak boleh laksanakan undang undang kepada siapa kita nak cari jawapan dan jalan penyelesaian..tak kan nak tanya mat pet kot..
Kalimah 'Allah': Nasihat menteri pada penulis blog
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menggesa penulis blog dan laman internet supaya tidak menyiarkan apa-apa yang negatif berhubung isu penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katholik, Herald.Katanya, pihak terbabit khususnya penulis blog dan laman-laman internet harus memelihara batasan yang ditetapkan apabila berkarya supaya tidak mewujudkan ruang negatif yang boleh disalah guna oleh golongan tertentu.
Ni gua nak nasihat sikit kat para blogger..lu orang tulislah apa saja yang korang nak tulis pasal isu ni asalkan benda tu tak langgar adab susila dan cetus huru hara..
Kerani dituduh cuba rogol inspektor polis
Seorang kerani dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas dua pertuduhan cuba merogol dan mencederakan seorang
inspektor polis yang juga bekas teman wanitanya di sebuah hotel di sini bulan lepas.
gua memang terperanjat lalok bila baca berita nie..apa punya bangang mangkuk nie..apa payah nak merogol dah minah tu awek lu..masuk minang pastu nikah..dah takyah susah payah nak merogol..macam macam kempen dah buat macam macam lagu dah dicipta tentang budi bahasa..kenapa la tak hargai karya agung tulisan seniman seniman tu..mcm ni memang gua kena pergi cari mat pet itu hari..gua nak tanya dia lak hal ni