gua semalam tak menulis sebab gua pegi jalan jalan cari pasal ngan kawan kawan..bukan gua pegi blasah diorang tanpa sebab..tapi ada sebab..gua pegi cari pasal..gua ajak diorang ikut gua buat MLM..sambil sambil gua jeling jeling juga berita kat surat khabar kegemaran gua..ada la 2 tiga perkara menarik gua pumya minat nak membaca..yang lain sama je..biasa la metro..cerita orang makan nasik 1 hari sekali jadi isu...citer makan lauk 3 jenis jadi isu..kena simbah air panas jadi isu..mcm dah takde kejadian lain dalam malaysia ni di buatnya...sambil gua kempen MLM gua ada gak debat ngan kawn kawan pasal kes rasuah ni..lu orang baca
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap 34 orang, termasuk 24 kakitangan kerajaan dan dua pembantu ahli politik, kerana didakwa terbabit dalam rasuah eksport pasir.
Jumlah rasuah terbabit melebihi RM280,000 dan habuan seks. Mereka ditahan di lima negeri sejak seminggu lalu.SPRM telah menjalankan siasatan terhadap kes tersebut sejak bulan April tahun lalu selepas mendapat maklumat dari orang ramai.Ditanya mengenai profail mereka, beliau berkata, pegawai-pegawai tertinggi mungkin terbabit tetapi enggan mendedahkan sama ada mereka merupakan ahli-ahli politik.individu yang terbabit dalam sindiket jualan pasir masing-masing menerima RM500 hingga RM50,000, dengan sesetengahnya menerima rasuah secara bulanan. Tiga individu juga menerima habuan seks.
SPRM telah merampas sejumlah RM50,000 dari individu-individu dan dokumen bagi menyokong siasatan terhadap mereka yang terbabit.
gua baca cerita ni gua terus berdebat ngan member gua..dia puji SPRM.gua cam biasa la hentam SPRM..gua cakap ngan member gua lu ingat ini kes besar ke..gua cakap ini kes kecik..kes seludup pasir..sama macam kes seludup beras kat sempadan siam...kerja yang akan tetap berlaku walau ada yang di tangkap dan di dakwa..kerja ni dah berjalan bertahun tahun lamanya..ini cuma untuk alih perhatian rakyat aja..gua cakap lu fikir tgk dari awal tahun baru mcam macam kes keluar..yang paling best harga gula naik harga barang naik..member gua yang jenis rambut tomok nie tetap pertahankan dia nyer hujah..masuk pulak mamat rambut pacak..nak hentam gua sorang..gua cam biasa rilek jer..gua tak banyak cakap gua suruh dia baca balik kes kes rasuah yang pernah di dedahkan tapi hujung hujung senyap sunyi mcm kampung gua tengah malam..gua bagi beberapa contoh kat member gua yang rambut cam tomok ni..akhirnya dia belanja gua makan nasik kandar..sebab dia sedar tak guna berdebat ngan gua..kerana akhirnya dia kena join MLM gua..hahahaha..misi gua berjaya..