Thursday

14 januari..

gua dah dua hari blur..tak tahu nak tulis apa kat sini..hari ni gua ingat gua leh ceria sikit laa bila baca akhbar melayu..tapi harapan gua hampa..masih ada lagi saki baki cerita isu penggunaan nama allah..fedup gua..dah la gua baca masa tengah berak ilang shetimm gua nak berak..pastu ada berita pasal gadis dirosakkan teman lelaki..yang bangangnye kenal lelaki tu ikot lama muka buku..laman ruangan saya..ruangan carikawan..macam macam..gua ingat cerita macam ni dah banyak keluar dalam akhbar melayu..terutama metro..heh yang gua baca tadi metro aa..last gua dah fedup metro tu gua tinggal dalam toilet..gua mengadap berita internet..gua harap ada lain sikit laa..sama juga cuma ada la 2 tiga ketui cerita lain sikit..cerita pasal nik aziz nak ajak paderi ngan samai makan tengahhari demi mengeratkan hubungan terjalin di samping redakan ketegangan..gua senyum la sikit baca cerita mcam ni.. gua dah abih baca gua belek lagi gua jumpa lak artikel nie..sejuk kejap perut gua.. lu orang baca laa..
RIZAB ANTARABANGSA MALAYSIA MENJUNAM PALING TERUK
Kedudukan kewangan Malaysia begitu goyah dengan rizab negara merosot teruk akibat pengaliran keluar modal asing sepanjang 12 bulan lalu, menurut laporan terbaru sebuah kumpulan kewangan berpengaruh.
UBS Investment Research, yang merangkumi kumpulan perbankan antarabangsa berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara paling teruk di Asia yang mengalami penurunan rizab antarabangsa.
UBS menganggap aliran kewangan kritikal yang dialami kerajaan Umno-Barisan Nasional “amat luar biasa” memandangkan Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa paling besar di Asia iaitu sebanyak 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau kira-kira RM120 bilion.“Negara lain seperti China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand mencatatkan peningkatan ketara dalam simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan lalu tetapi rezab Malaysia hampir pupus sama sekali,” kata laporan itu.
 Menurut UBS, pengaliran keluar modal secara besar-besaran sepanjang tahun lalu menjejaskan rizab antarabangsa Malaysia dengan amat teruk yang jatuh lebih daripada 25 peratus.
UBS berkata pengaliran keluar modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada KDNK atau RM355 bilion pada kiraan nilai semasa.“Angka ini amat mengejutkan. Ia adalah lebih dari dua kali ganda pengaliran keluar modal yang dialami oleh Rusia dan jauh lebih besar berbanding dengan negara membangun yang lain.
Malah pengaliran keluar modal yang dialami oleh Malaysia pada 2009 merupakan fenomena yang jauh lebih besar dan dahsyat daripada pengalaman krisis ekonomi Asia 1997-1998,” menurut laporan enam muka surat itu.
Laporan oleh UBS Asia Securities Limited selanjutnya berkata ekonomi negara Rusia, Ukraine dan negara-negara Teluk mengalami pengaliran keluar modal asing akibat krisis ekonomi dunia.
Namun ketika ekonomi negara-negara terbabit kembali pulih, Malaysia masih dicengkam pengaliran keluar modal asing, menurut UBS .“Modal asing masih keluar dari Malaysia secara berterusan dalam jumlah yang besar walaupun kebanyakan ekonomi negara pasaran membangun menunjukkan tanda kemasukan semula pelaburan asing,” menurut laporan itu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed sebelum ini berkata Malaysia hanya mencatat pelaburan asing langsung sebanyak RM4.2 bilion sahaja bagi tempoh Januari-Mei 2009 berbanding RM46 bilion bagi 2008.
Gua rasa cam bengong kejap bila baca artikel ni..biar betul..macam ni buleh muflis malaysia bila pengaliran keluar berlaku secara berterusan dan aliran masuk tidak ada..tah gua bukan reti sangat la kan tp gua rasa mereka mereka yang berkenaan kena ambil tindakan dan perjelaskan kepada semua langkah terbaik..bukan kecoh bagi kementerian ni 10 juta untuk bangunkan bolasepak..bolasepak tak terbangun..takpayah la cerita akat umbi tunjang..budak budak sekarang suka shuffle..suka main mukabuku..main ruangansaya..carikawan..diorang taknak main bola..bagi gua berita macam ni memang menakutkan..gua malas nak banyak banayk menulis letih..lu orang fikirla sendiri..