Sebuah buku yang menceritakan kehidupan dan politik Tun Dr Mahathir Mohamad, membuat satu tuduhan yang mengejutkan bahawa ibupejabat Umno - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - dibiayai, sebahagiannya, oleh pembayar cukai.
Dalam buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, penulisnya Barry Wain menulis bahawa kerajaan telah "memujuk" bank-bank milik kerajaan supaya tidak menuntut jumlah pinjaman yang besar untuk membiayai projek tersebut.
Penulis, yang merujuk maklumat tersebut kepada wawancara pada 2007 dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, berkata bank-bank berkenaan telah melupuskan sekurang-kurangnya RM140 juta faedah terkumpul.
Laporan itu berkata, jumlah yang dibiayai melalui pinjaman ialah RM199.5 juta dari bank milik kerajaan 0 Bank Bumiputera Malaysia Berhad dan RM64.9 juta dari Malayan Banking Bhd.
Selain itu, laporan akauntan tersebut menyatakan bahawa sehingga Mac 1989, syarikat yang dilantik oleh Umno untuk membina bangunan itu, Khidmat Bersatu Sdn Bhd, hanya membayar faedah sebanyak RM51,570.
"Dan laporan tersebut... menyatakan dengan jelas bahawa syarikat tersebut tidak akan bayar apa-apa lagi," tulis Wain dalam bab lima bukunya itu yang bertajuk A Volatile Mix of Business and Politics.
gua terus terkentot kentot tanpa henti bila gua baca artikel nie..biar betul mat salleh yang tulis buku ni..mana dia dapat sumber sumber nie..gua rasa macam susah nak percaya tapi..mungkin ada betulnya..kerajaan memujuk bank bank untuk
tidak menuntut balik pinjaman..gua rasa macam rugi je bayar cukai..bukan gua bayar la masa tu arwah bapak gua laa..gua sekarang memang tak pernah bayar cukai..kerja gua lari dari bayar cukai...kalau nak suh bayar gua nak keistemewaan macam yang syarikat buat pwtc ni dapat..baru gua bayar..bagi gua pinjaman ratus juta pastu tuntut balik 50k je..gua nak pegi cari buku nie..