Monday

hari yang tak best...

1 febuari gua ingat hari ni bikin gua ceria aa sikit..gua cuba untuk tidak membaca akhbar metro sebab gua tak nak baca kisah pelik tapi benar dalam akhbar tu dan juga tengok gambar dr jusmate dengan rambutnya..astaga..gua sumpah gua takkan buat rambut macam dia...tapi hari ni gua terpaksa langgar azam gua sebab kedai mamak tu dah abis berita hairan ngan ututsan melayau..yang ada metro..gua dengan berat hati terpaksa beli sebab gua taknak otak gua jadi lembab..sebab tak membaca..gua beli la juga..tajuk menarik kisah kelab janda..huh..janda ada kelab..gua tertarik juga..tapi bila dah baca upanya kisah tempat karaoke yang menyediakan PR dari golongan janda muda..PR?owh ini kira bahasa lembut la..kalau bahasa kasar dia GRO..tp gua malas nak tulis GRO..biar gua tulis PR nampak komersial sikit..gua terkejut juga bila baca income diorang ni boleh pegi sampai puluhan ke belasan ribu sebulan..hebat..tapi mereka kena gadai maruah untuk dapat pendapatan lumayan..gua tertarik ada satu PR ni punya kenyataan..lu orang baca la sendiri..pegi beli metro..apa yang buat gua suram sebab gua tak nampak gambar dr jusmate...kadang kadang gambar dia boleh bikin gua ilang stress..tapi selalu gua stress tgk gambar dia...lantak la...
Gua teruskan projek gua jalan jalan cari pasal ngan kawan kawan..ajak join MLM..gua cakap masa ni la nak buat duit..lu orang jangan fikir negatif ngan MLM..bisness ni bukan nak lelong lu orang..lu orang buat kerja lu orang berjaya..lu oarang malas lu orang gagal laa..banyak memeber gua bila dengar MLM dah ngeri..gigil macam nampak hantu..terus tutup pemikiran..tolak mentah mentah..bagi pandangan negatif..gua walaupun rasa nak tendang perut kengkawan gua ni tapi gua pendam kemas..gua sabar..gua tetap dengan cara gua pujuk ..buka pemikiran diorang  bagi input positif..terutama mereka yang gua panggil golongan mercedis..lu orang tahu apa itu golongan mercedes..hah golongan ni kerja mereka masuk kul lapan pagi..rehat kul 12 tgh hari balik jam 5 petang..lu orang tgk jam lu orang semua..pastu lo orang tengok lambang mercedes..sama tak..gua malas nak ulas panjang panjang..lu orang pikir la sendiri..sampai bila lu orang nak jadi golongan mercedes..tapi lu orang tak pakai pakai juga kereta mercedes..tu sebab gua ajak kawan kawan gua buat bisness..bukan tujuan untuk beli mercedes..tetapi keluar dari kepompong masa..atau senang cerita jadi hamba masa...sebab tu gua cakap gua tak pernah tak cukup masa..tapi gua terlebih masa..kenapa?sebab gua tak pernah jadi hamba pada masa..malas gua nak merepek lagi..gua nak pegi cari bahan..berdengunggggg....

bulan febuari...

hari ni bermula la bulan febuari,,yang mana bagi setangah orang bulan ni bulan berkasih sayang bercintan cintun..kalau ada yang menikah pilih tarikh yang dikatakan terbaik 14hb..bagi gua lantak lu oarang la nak panggil bulan ni bulan apa..bagi gua tetap bulan febuari..selepas januari..gua sebenar tak tahu nak melabun apa ..apa yang gau tahu projek jalan jalan cari pasal gua tetap di teruskan...bisness gua mesti mau jalan seperti biasa..kalau gua tak bisness soru gua miss..gua takmau jadi macam tahun lepas setahun gua sengsara..bisness jatuh,,ekonomi jatuh..gua pon jatuh..tangga...tahun ni gua harap sinar kembali terang..bisnes kembali kencang..pendapatan gua tak suram..baru gua boleh berlagak macam dulu dulu....baru gua boleh ubah imej gua..tapi gua takkan buat rambut tomok..itu tekad gua bila bisnes gua dah ok..gua ada 3 bulan untuk "merempit"...bukan rempit motor..gua nak rempit gua nyer perniagaan daa...tahun ni gua ada aktiviti yang gua rasa besar dalam hidup gua..reunion geng geng sekolah lama gua..anjuran kawan kawan kakak gua termasuk kakak gua sekali..gua memang happy nak join acara ni..gua nak jumpa balik kawan kawan gua..senoir senior gua..tak kira yang baik ngan gua atau yang pernah gua pukul...tapi gua tak pernah pukul orang,,orang pukul gua ada..maklumlaa gua  budak baikk..(puji diri sendiri)..bila acara ni diorang buat ,,gua terus teringat zaman gua sekolah..gua bukanla tergolong dalam pelajar cemerlang..tapi gua memang berpotensi untuk dibuang sekolah waktu tu..gua memang agak nakal la terutama lepas gua abis tingkatan 3..tah macam mana gua tiba tiba boleh jadi macam tu..gua tiba tiba jadi nakal..akak gua pengawas sekolah tu..gua lak hari hari bergaduh ikut kawan kawan gua..kegemaran gua masa tu belasah budak cina..budak india kurang cari pasal ngan geng geng gua...anak cina selalu..siap panggil geng luar lagi..gua and the geng tak gentar...lawan tetap lawan biar pon bila balik umah gua akan berdepan dengan yang lagi genster..iaitu arwah bapak gua..kompom gua kena libas ngan getah paip..gua kena kejar keliling umah..huh..tu la akibat nakal..gua pon tak tahu dapat tak hadir di acara reunion ni..memandagkan gua sibuk sebab terlebih masa bukan tak cukup masa..tapi gua cuba la untuk hadir...gua ingat gua nak tulis pasal kenangan zama gua kat panglima perang..tapi tengok aa camner..gua tunggu ada kekurangan masa baru gua tulis..cuma hari ni gua nak merapu menda lain...

Saturday

hari yang suram

hari nie gua tah mcm mana leh terbangun awal..gua pon tak tahu sebab yang kukuh..gua rasa gua dah tido lewat dah..yang gua bengang gua tak boleh nak lelapkan mata balik walaupon pedih mata gua nie..puas gua try tapi tak bolehh..bengang tul gua ngan mata gua ni...last last gua amik keputusan untuk pergi kedai mamak  pekena teh tarik..tengah gua syok layan teh tarik gua nampak la ada beberapa kumpulan budak budak rambut tomok lat situ..gua pendam kemas rasa hati gua nak tendang ..tengah gua tahan geram gua terperasan sorang dari mamat tu macam gua biasa jumpa..astaghafirullahh..member sekampung gua..tp muda sikit dari gua..gua macam tak percaya je..kat kampung punya la baik..alim..sampai bandar teus berubah..gua rasa macam nak blah tapi gua tgk mamat ni bangun tersengih sengih macam mat pet baru pas stim..gua dah tak bleh buat apa nak blah serba salah last gua sambut salam dia..gua ajak dia duduk dan borak ngan gua ..tengah sedap sembang pasal kampung tiba tiba gua dengar member dia panggil..roneyy..member gua paling kat group dia..astaghafirullah..tukar nama dah..roneyy..mangkuk tingkat..nama baikk je mak bapak bagi tukar jadi roneyy..gua yang bertahun tahun lamanya duk Kolumpo ni tak penah tukar nama..dia baru tiga bulan sampai kolumpo dah tukar nama..mamat ni sengih lagi pandang gua"jangan citer ngan orang kampung gua tukar nama"..gua rasa nak tendang je perut mamat ni..tpa gua pendamkan hasrat hati gua...gua kata lantak kau la..tapi lu tunggu lu sampai kampung depan mak bapak lu gua panggil lu roneyy..gua nak tengok aksi kejar mengejar keliling kampung....mesti meraih kampung gua hari tu...

sultan johor mangkat

al fatihah..

Friday

cerita kedai kopi..kali ni pasti hebat..

Dua surau di Muar dibakar
Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini - sebuah daripadanya rosak teruk.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan kedua-dua kejadian itu.Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer.

surau kedua itu rosak teruk dengan permaidani, pintu dan tingkapnya terbakar.

Menurutnya, di surau pertama, hanya tirainya terbakar dan cermin tingkap pecah.
Imam surau Kampung Sabak Awor, Haji Deris Sehan, 63, memberitahu bahawa penyerangnya menggunakan minyak tanah untuk membakar tirai itu.

Katanya, seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu, terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

gua dah pernah tulis pasal hal ni masa kecoh kecoh kes penggunaan nama allah bebaru ni..sampai timbul kekecohan hingga ada yang sampai pegi baling bom petrol kat gereja..masa tu gua tengok dari yang muda spesis rambut tomok..mat mat shuuffle..hingga ke peringkat dewasa dan orang tua..semua dengan pantas buat demo..tapi bila gua baca kisah ni dari semalam sampai hari ni takde lak berita nak berdemo buat bantahan..lu orang kenapa..itu hari semua macam hero..semua tunjuk marah..ni sekarang apa dah jadi..gua penah tulis dalam blog gua lu orang suka suka pergi bakar rumah ibadat agama lain..lu orang penah fikir perasaan penganut agama tu..diorang terluka terhiris terhina...kenapa orang islam takde rasa hormat kepada agama mereka..sedangkan nabi kita mengajar agar saling menghormati sesama kita..sekarangkita pulak yang terkena ..jadi bagi gua lu orang fikir fikirkanlah..setiap tindakan yang kita buat kita kena fikir akan kesannya kemudian hari..macam gua..gua kalau nak shuffle gua kena fikir pasal kaki gua buat tersalah mau tergeliat ..tak dapat gua merayap cari pasal ngan kawan kawan ajak join MLM gua..guua kalau nak headbang pon gua kena pikir tengkok gua buatnya tergeliat takdapat gua mengadap mukabuku dengan normal..tak dapat gua merapu dan merepak dalam blog gua dengan selesa...

jadi perkara dah berlaku bagi gua ini adalah kehendak NYa.. DIA mau uji umat umatnya dengan kejadian ini...kita terimalah dengan redha atas apa yang pernah kita lakukakan kepada rumah ibadat agam lain..bukan dengan menimbulkaan lagi kekecohan tetapi kita perlu cari jalan penyelesaiana secara damai..dan berilmu

"MELAYUKU JADILAH MELAYU YANG BERILMU"

Thursday

21 januari debat hangat kedai kopi

gua semalam tak menulis sebab gua pegi jalan jalan cari pasal ngan kawan kawan..bukan gua pegi blasah diorang tanpa sebab..tapi ada sebab..gua pegi cari pasal..gua ajak diorang ikut gua buat MLM..sambil sambil gua jeling jeling juga  berita kat surat khabar kegemaran gua..ada la 2 tiga perkara menarik gua pumya minat nak membaca..yang lain sama je..biasa la metro..cerita orang makan nasik 1 hari sekali jadi isu...citer makan lauk 3 jenis jadi isu..kena simbah air panas jadi isu..mcm dah takde kejadian lain dalam malaysia ni di buatnya...sambil gua kempen MLM gua ada gak debat ngan kawn kawan pasal kes rasuah ni..lu orang baca

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap 34 orang, termasuk 24 kakitangan kerajaan dan dua pembantu ahli politik, kerana didakwa terbabit dalam rasuah eksport pasir.
Jumlah rasuah terbabit melebihi RM280,000 dan habuan seks. Mereka ditahan di lima negeri sejak seminggu lalu.SPRM telah menjalankan siasatan terhadap kes tersebut sejak bulan April tahun lalu selepas mendapat maklumat dari orang ramai.Ditanya mengenai profail mereka, beliau berkata, pegawai-pegawai tertinggi mungkin terbabit tetapi enggan mendedahkan sama ada mereka merupakan ahli-ahli politik.individu yang terbabit dalam sindiket jualan pasir masing-masing menerima RM500 hingga RM50,000, dengan sesetengahnya menerima rasuah secara bulanan. Tiga individu juga menerima habuan seks.
SPRM telah merampas sejumlah RM50,000 dari individu-individu dan dokumen bagi menyokong siasatan terhadap mereka yang terbabit.

gua baca cerita ni gua terus berdebat ngan member gua..dia puji SPRM.gua cam biasa la hentam SPRM..gua cakap ngan member gua lu ingat ini kes besar ke..gua cakap ini kes kecik..kes seludup pasir..sama macam kes seludup beras kat sempadan siam...kerja yang akan tetap berlaku walau ada yang di tangkap dan di dakwa..kerja ni dah berjalan bertahun tahun lamanya..ini cuma untuk alih perhatian rakyat aja..gua cakap lu fikir tgk dari awal tahun baru mcam macam kes keluar..yang paling best harga gula naik harga barang naik..member gua yang jenis rambut tomok nie tetap pertahankan dia nyer hujah..masuk pulak mamat rambut pacak..nak hentam gua sorang..gua cam biasa rilek jer..gua tak banyak cakap gua suruh dia baca balik kes kes rasuah yang pernah di dedahkan tapi hujung hujung senyap sunyi mcm kampung gua tengah malam..gua bagi beberapa contoh kat member gua yang rambut cam tomok ni..akhirnya dia belanja gua makan nasik kandar..sebab dia sedar tak guna berdebat ngan gua..kerana akhirnya dia kena join MLM gua..hahahaha..misi gua berjaya..

Tuesday

lagi cerita kedai kopi

AADK guna Facebook, Twitter

PETALING JAYA - Selaras dengan usaha untuk mencapai sasaran negara bebas dadah 2015, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kini turut menggunakan Facebook dan Twitter sebagai saluran aduan berkaitan dadah.
Pendekatan terbaru menggunakan laman rangkaian sosial itu diperkenalkan sejak awal tahun ini dan mula menerima maklum balas memberangsangkan.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Abd. Bakir Zin berkata, Facebook dan Twitter dilihat mampu menjadi platform dan forum baru kepada orang ramai menyalurkan pendapat dan memberi cadangan khusus untuk membasmi penagihan dan pengedaran dadah.
"Sebelum ini, AADK menggunakan saluran blog, e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi membolehkan orang ramai menyampaikan aduan dan pandangan mereka, kini dua laman sesawang itu juga boleh digunakan.
"AADK memerlukan sokongan ramai dan ingin memperkayakan seberapa banyak maklumat, oleh itu medium terbaru ini akan diguna untuk tujuan yang satu iaitu negara bebas dadah," katanya pada sidang media di sini semalam.
  gua tersengih sorang bila baca berita ni melalui kosmo online..gua baca sambil minum tea o kat mamak bawah opis gua laa..mamak tu sampai pelik tengok gua sengih sorang sorang..dey macha u apahal senyum sorang juga?gua cakap lu tengok berita ini..tapi mamak tu cakap saya tak tau baca melayu..saya india mari..gua agak dia ni mesti satu dari 40 ribu rakyat india yang hilang bila samapai malaysia..gua gelengkan kepala aja laa.. lantak kau laa...gua pun terus baca sambil senyum..AADK baru nak guna facebook ngan twitter..gua ingat mat mat pet dah lama dah guna myspace ngan facebook ni..AADK baru nak guna..lembab tul la tindakan lu orang dalam dunia IT ni..tapi bagi gua ni satu usaha yang baguss..so lps ni takyah susah susah lu orang nak report pakai telepon..post aja kat wall..gua ingat polis bomba pon kena ada facebook ngan twitter aa..senang nak report kes kecurian atau kemalangan atau kebakaran..takde la lagi masalah panggilan palsu..pasni masalah yang baru gua rasa akan timbul postting palsu kat wall faebook..tapi takde la rasa sakit sangat hati operator tu dengar suara orag yang menipu kan..arhh gua malas nak merepek lagii lu orang pikir laaa

19 januari..cerita kedai kopi lagii...


TEA O rm1.20

gua pagi pagi dah bangun hari nie..pagi pagi gua dah terpacak kat kedai mamak bawah opis gua..walaupun tea o dia naik harga tp gua tetap pegi minum sebab gua takde pembantu rumah ( isteri)...perkara pertama gua buat baca surat khabar..metro tentunya..gua suka baca metro ni sebab metro ni suka siarkan cerita cerita yang gua rasa sensasi lagi terkini..muka depan dia hari ni kisah lelaki kena simbah air panas dengan tokey kedai..gambar punya la besar..pastu ada lagi la mcm macm tajuk kecil kat situ..dan gua tertarik ada kisah yang gua baca kat dalam metro yang gua rasa terus nak terberak...cerita pasal tipu kena rompak..sebab tak cukup duit nak hantar duit hantaran menikah,,,gua heran juga mana mamat ni dapat idea bernas nie..kalau tak cukup duit cakap aja terus terang kat keluarga mertua..gua ingat diorang pon boleh terima..paling pon lu kena trajang perut ngan pak mertua je laa..tapi jangan la lu pegi bikin report palsu..lu jugak yang susah...elok elok boleh menikah dah kena duk dalam dua bulan denda lak lagi..tu la gua nak ingatkan diri gua la kalau tak cukup duit jangan menikah..

Monday

18 januari..lagi..hayatii..cerita kedai kopi...

Siapa biayai PWTC? ANDALAH - buku Barry Wain
Sebuah buku yang menceritakan kehidupan dan politik Tun Dr Mahathir Mohamad, membuat satu tuduhan yang mengejutkan bahawa ibupejabat Umno - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - dibiayai, sebahagiannya, oleh pembayar cukai.

Dalam buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, penulisnya Barry Wain menulis bahawa kerajaan telah "memujuk" bank-bank milik kerajaan supaya tidak menuntut jumlah pinjaman yang besar untuk membiayai projek tersebut.

Penulis, yang merujuk maklumat tersebut kepada wawancara pada 2007 dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, berkata bank-bank berkenaan telah melupuskan sekurang-kurangnya RM140 juta faedah terkumpul.

Menurut satu laporan sulit akauntan yang ditugaskan oleh Umno pada 1985, yang diperolehi oleh Wain, harga siap sepenuhnya PWTC ialah RM360 juta.

Laporan itu berkata, jumlah yang dibiayai melalui pinjaman ialah RM199.5 juta dari bank milik kerajaan 0 Bank Bumiputera Malaysia Berhad dan RM64.9 juta dari Malayan Banking Bhd.

Selain itu, laporan akauntan tersebut menyatakan bahawa sehingga Mac 1989, syarikat yang dilantik oleh Umno untuk membina bangunan itu, Khidmat Bersatu Sdn Bhd, hanya membayar faedah sebanyak RM51,570.

"Dan laporan tersebut... menyatakan dengan jelas bahawa syarikat tersebut tidak akan bayar apa-apa lagi," tulis Wain dalam bab lima bukunya itu yang bertajuk A Volatile Mix of Business and Politics.
 
gua terus terkentot kentot tanpa henti bila gua baca artikel nie..biar betul mat salleh yang tulis buku ni..mana dia dapat sumber sumber nie..gua rasa macam susah nak percaya tapi..mungkin ada betulnya..kerajaan memujuk bank bank untuk
tidak menuntut balik pinjaman..gua rasa macam rugi je bayar cukai..bukan gua bayar la masa tu arwah bapak gua laa..gua sekarang memang tak pernah bayar cukai..kerja gua lari dari bayar cukai...kalau nak suh bayar gua nak keistemewaan macam yang syarikat buat pwtc ni dapat..baru gua bayar..bagi gua pinjaman ratus juta pastu tuntut balik 50k je..gua nak pegi cari buku nie..

18 januari..

18 januari..mak aii rupanya dah 4 hari gua tak menulis kat blog gua ni..hehe..gua bukan apa cuma agak sibuk dengan tugasan mencari nafkah untuk meneruskan hidup..dalam 4 hari ni macam macam berita gua baca cuma gua takde kesempatan tonton berita tv jer,,dari cerita politik sampai la cerita yang gua rasa menarik pasal sorang siswa yang ulas pasal bom petrol kat facebook..gua ingat gua pernah post dalam blog gua pasal bebudak sekarang dah tak minat nak main bola..diorang minat nak shufle nak main muka buku nak layan ruangansaya..nak layar carikawan..buktinya tebngok mahasiswa yang kena dakwa tu..mak bapak perabih duit hantar lu pegi universiti lua plak bleh main facebook sampai kena dakwa..gua mula mula marah juga la ngan siswa ni tapi bila gua baca balik ulasan dia gua rasa macam takde apa yang merbahaya..sebab bagi gua berani ke mangkak ni nak baling bom..gua ingat dia ni kalau lu orang suh pegang mercun pon dah terkencing kencing..setakat tulis saja semua boleh menulis..setakat bercakap..tapi untuk melaksanakan ada berani..tarakkkk..jadi gua fikir dari sudut lain pula..gua fikir ini pon salah satu cara nak bagi rakyat lupa pasal harga barang naik..harga gula naik....sebelom ni membuak buak bantahan mengenai harga gula naik..tapi sekarang lu orang diam..sebabnya tersumbat oleh cerita cerita macam ni..kes kes remeh temeh..yang gua rasa takde kaitan dengan harag tea o dah jadi 1.20 secawan..siott nye mamak bawah nie suka suki naik harga...gua termenung kena tea 0 1.20...lu orang cuba cuba fikirkan laa..jangan lah kiter terpedaya..
"Melayuku..jadilah melayu yang berilmu"

Thursday

14 januari..

gua dah dua hari blur..tak tahu nak tulis apa kat sini..hari ni gua ingat gua leh ceria sikit laa bila baca akhbar melayu..tapi harapan gua hampa..masih ada lagi saki baki cerita isu penggunaan nama allah..fedup gua..dah la gua baca masa tengah berak ilang shetimm gua nak berak..pastu ada berita pasal gadis dirosakkan teman lelaki..yang bangangnye kenal lelaki tu ikot lama muka buku..laman ruangan saya..ruangan carikawan..macam macam..gua ingat cerita macam ni dah banyak keluar dalam akhbar melayu..terutama metro..heh yang gua baca tadi metro aa..last gua dah fedup metro tu gua tinggal dalam toilet..gua mengadap berita internet..gua harap ada lain sikit laa..sama juga cuma ada la 2 tiga ketui cerita lain sikit..cerita pasal nik aziz nak ajak paderi ngan samai makan tengahhari demi mengeratkan hubungan terjalin di samping redakan ketegangan..gua senyum la sikit baca cerita mcam ni.. gua dah abih baca gua belek lagi gua jumpa lak artikel nie..sejuk kejap perut gua.. lu orang baca laa..
RIZAB ANTARABANGSA MALAYSIA MENJUNAM PALING TERUK
Kedudukan kewangan Malaysia begitu goyah dengan rizab negara merosot teruk akibat pengaliran keluar modal asing sepanjang 12 bulan lalu, menurut laporan terbaru sebuah kumpulan kewangan berpengaruh.
UBS Investment Research, yang merangkumi kumpulan perbankan antarabangsa berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara paling teruk di Asia yang mengalami penurunan rizab antarabangsa.
UBS menganggap aliran kewangan kritikal yang dialami kerajaan Umno-Barisan Nasional “amat luar biasa” memandangkan Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa paling besar di Asia iaitu sebanyak 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau kira-kira RM120 bilion.“Negara lain seperti China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand mencatatkan peningkatan ketara dalam simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan lalu tetapi rezab Malaysia hampir pupus sama sekali,” kata laporan itu.
 Menurut UBS, pengaliran keluar modal secara besar-besaran sepanjang tahun lalu menjejaskan rizab antarabangsa Malaysia dengan amat teruk yang jatuh lebih daripada 25 peratus.
UBS berkata pengaliran keluar modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada KDNK atau RM355 bilion pada kiraan nilai semasa.“Angka ini amat mengejutkan. Ia adalah lebih dari dua kali ganda pengaliran keluar modal yang dialami oleh Rusia dan jauh lebih besar berbanding dengan negara membangun yang lain.
Malah pengaliran keluar modal yang dialami oleh Malaysia pada 2009 merupakan fenomena yang jauh lebih besar dan dahsyat daripada pengalaman krisis ekonomi Asia 1997-1998,” menurut laporan enam muka surat itu.
Laporan oleh UBS Asia Securities Limited selanjutnya berkata ekonomi negara Rusia, Ukraine dan negara-negara Teluk mengalami pengaliran keluar modal asing akibat krisis ekonomi dunia.
Namun ketika ekonomi negara-negara terbabit kembali pulih, Malaysia masih dicengkam pengaliran keluar modal asing, menurut UBS .“Modal asing masih keluar dari Malaysia secara berterusan dalam jumlah yang besar walaupun kebanyakan ekonomi negara pasaran membangun menunjukkan tanda kemasukan semula pelaburan asing,” menurut laporan itu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed sebelum ini berkata Malaysia hanya mencatat pelaburan asing langsung sebanyak RM4.2 bilion sahaja bagi tempoh Januari-Mei 2009 berbanding RM46 bilion bagi 2008.
Gua rasa cam bengong kejap bila baca artikel ni..biar betul..macam ni buleh muflis malaysia bila pengaliran keluar berlaku secara berterusan dan aliran masuk tidak ada..tah gua bukan reti sangat la kan tp gua rasa mereka mereka yang berkenaan kena ambil tindakan dan perjelaskan kepada semua langkah terbaik..bukan kecoh bagi kementerian ni 10 juta untuk bangunkan bolasepak..bolasepak tak terbangun..takpayah la cerita akat umbi tunjang..budak budak sekarang suka shuffle..suka main mukabuku..main ruangansaya..carikawan..diorang taknak main bola..bagi gua berita macam ni memang menakutkan..gua malas nak banyak banayk menulis letih..lu orang fikirla sendiri..

Tuesday

12 januari

Nikmat internet percuma untuk 100,000 siswa
Inisiatif kerajaan untuk membolehkan pelajar universiti memiliki netbook sendiri dengan perkhidmatan jalur lebar percuma sememangnya ditunggu-tunggu oleh pelajar dan pensyarah.Pakej daripada Telekom Malaysia Berhad itu yang akan diperkenalkan tahun ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2010 pada Oktober tahun lepas.Buat permulaan, TM akan menawarkan pakej netbook termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma kepada 100,000 pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan
untuk tempoh dua tahun. Pelajar tahun pertama dan daripada keluarga berpendapatan rendah akan diutamakan.
gua rasa ini yang best..lepas ni makin ramai anak muda akan ada blog,web face book myspace tagged dan segala macam...lu orang jangan lupa kasi trima kasih kat kerajaan sebab bagi lu orang free..lu orang juga jangan lupa gunakan kemudahan yang ada untuk belaja cari maklumat dan ajar kat orang orang kampung..dedahkan mereka dengan maklumat yang betul dan tepat..2 tahun lu orang boleh acces free bayar 50 hengget jer..jadilah mahasiswa dan mahasiswi yang berguna untuk rakyat..jangan jadi mahasiswa dan mahasiswi yang tak berguna..kalau lu orang setakat masuk universiti untuk dapat menda ni semua baik lu orang duk umah susahkan mak bapak lagi bagus..blaja nari shuffle lagi elok...senang sikit mak bapak korang nak sepak perut korang laju laju..

12 januari lagi..

Wartawan PKR diugut depan rumah saudara Rosmah
Seorang wartawan akhbar PKR Suara Keadilan mendakwa polis bertindak kasar selepas mewawancara seorang wanita yang dikatakan ada pertalian keluarga dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor kelmarin.
Dalam aduan polisnya, Abdul Qayum berkata selepas mengetahui beliau wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki berpakain biasa - dikenali sebagai Muhammad - memaksanya menyerahkan kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran keretanya.
"Beliau turut merampas nota penulisan saya serta rakaman dihapuskan kerana tidak berpuas hati dengan temubual yang dijalankan bersama seorang wanita yang dikenali Saharah.
"Polis (bersama kereta peronda) menunggu di luar rumah, manakala Muhammad mengambil segala pengenalan diri dan dokumen yang dibawa oleh saya tanpa kebenaran saya sendiri," aduan polis Abdul Qayum, 25, semalam dipetik "Polis dan Muhammad mengugut saya dalam berbentuk ancaman mahu mencari
saya dan keluarga dengan cara apapun jika temu bual tersebut disiarkan."

gua pon rasa heran juga ngan mamat wartawan ni..lu nak interbiu pasal tragedi ke pasal rosmah..mana satu tujuan lu sebenarnya..kalau lu nak interbiu pasal rosmah lu cakap aja terang terang kat polis tu..tapi yer la kerja lu sebagai wartawan kan suka hati lu laa..gua tak halang..gua heran gak la kenapa asal pihak keadilan aja laju je polis wat kerja..macam ada yang takut dengan bayang bayang sendiri..siap ugut ugut pulak tu..wahai POlis Lu tu kan ke di tugaskan jaga keamanan buka cetus huru hara atau perbalahan..yang lu pegi ugut wartawan tu kenap biarlah dia buat kerja dia..dia buat kerja demi rakyat..dia buat kerja kerana amanah rakyat..untuk mencari kebenaran dan Keadilan..Yang nama muhammad ni polis ke?kalau bukan polis gua nak nasihatkan la kat muhammad ni..nama lu dah cantik makna pun baikk..tapi kalau lu bikin perangai cam ni..gua rasa baik lu duk umah menari shuffle aa..lu tak yah la nak belagak cam polis..cukup cukup la yang menyamar polis wat kerja tak senonoh..jangan lu plak nak join the club..baik lu join club shuffle aa..,tak pon lu join persatuan mat mat pet semalaysia..ibu pejabat bawah jambatan kat chow kit..

Penulis blog diancam 'kapak terbang'
Seorang penulis blog popular diancam dengan "kapak terbang" malam tadi, dipercayai susulan tulisannya yang sering mendedahkan dakwaan negatif berkaitan pentadbiran kerajaan Kelantan.

Penulis Kickdafella Syed Azidi Syed Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini, kejadian yang menyebabkan cermin belakang pacuan empat roda miliknya itu pecah berlaku kira-kira pukul 10.50 malam tadi di rumahnya di Demit, Kota Bharu. gua suka baca blog brader ni..gua memang tabik hormat kat dia sebab dia berani dedahkan apa yang dia rasakan tidak betul..yang lu orang pegi baling kapak kenapa..lu dah buat salah lu tanggung laa..jangan suruh orang lain pergi menyusahkan hidup brader ni..kalau kapak tu kena kepala dia amcam..kalau kena belakang kapak gua ingat paling pon dia shetim jap aa macma kena xtacy..tapi kalau kena tang mata parang..gua ingat 6 kaki dalam brader kiter ni..dah takder orang yang berani macam dia lagi dalam dunia blogger..kepada yang buat salah lu jangan nak susahkan idup orang lain..salah tetap salah..apa yang brader ni tegur dalam blog dia demi kebaikan bersama..bukan mencari musuh sesama kita..pada lu baling kapak baik lu duduk umah lu blaja shuffle sambil dengar dikir barat lagi syiok laa..
Pada brader kickdefella teruskan usaha murni anda..

12 januari

semalam gua demam..gua tak dapat posting..tp gua sempat baca berita yang paling lawak yang pernah gua baca..ni pasal tuan guru nik aziz laa..ada laporan mengatakan beliau terima kek rm 500 ..hadiah dari menantu beliau..gua rasa nak terkentut pon ada masa gua khusyuk layan berita tu..seb baik gua tak shetimm dam semalam sebab demam..kalau gua tgh shetimm semalam gua ingat mahu gua berguling gelak sorang sorang..

Nik Aziz dituduh terima kek RM500
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat terus menerima asakan Umno, kali ini didakwa menerima hadiah kek, seberat 10 kg bernilai lebih RM500, daripada menantunya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ketua pegawai eksekutif PMBK Abdul Ariffahmi Ab Rahman, ketika menjawat ketua pegawai operasi perbadanan itu, meluluskan pembelian enam kek bernilai lebih RM3,000 September lalu kepada enam pihak, kata ketua penerangan Umno negeri.
gua betul betul tak faham laa..10kg kek nik aziz makan sorang ke..kalau macam ni la kan gua ingat badan nik aziz dah sama macam badan bik mama..tp gua tgk tuan guru ni maintain aja..gua heran la kenapa pasal kek lu orang nak kecoh..cuba lu orang kasi kecoh itu kes komisen beli kapal selam ke..komisen beli sukhoi ke..bising pasal tanah rakyat kena rembat  kee..ada gak faedah dia..ni kes kecik aaa..500 hengget aja..kes 100 billion 270 billion lu orang takmau lak dedah bukti pasal..takut sama ISA..takut kena penjara..kalau lu orang takut nak dedah tu semua gua nasihat kan la pada adun adun yang ada tak kira pemerintah ke pembangkang ke..lu orang duk umah blaja nari shuffle lagi baik laa..

Sunday

10 januari

121 NGO kutuk serangan gereja
Sebanyak 121 NGO mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk serangan bom api ke atas tiga gereja di Lembah Klang Kelmarin.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 20 hadir di sidang akhbar di Kuala Lumpur petang semalam untuk menyuarakan 'perpaduan' mereka mengutuk serangan ke atas Geraja Metro Tabernacle Church di Desa Melawati, Gereja Assumption dan Life Chapel di Petaling Jaya.
 
gua baca cerita ni gua rasa heran la pulak kan..dari 121 NGO 20 je hadir mana lagi 101..tp ok laa ramai yang dah tampil untuk menunjukkan yang mereka sayangkan perpaduan dan kebebasan beragama di negara kita..gua rasa makin hari makin banyak pulak cerita hal penggunaan nama allah ni..sampai masyarakat lupa pasal harga gula naik,,harga makanan kat kedai mamak naik..gua juga ada terpikir pasal hal ni kenapa isu ni di perbesarkan sedangkan ianya ada jalan penyelesaian yang lebih baik tanpa perlu kecoh kecoh..gua rasa ni satu teknik yang di gunakan untuk buat rakyat lupa pasal harga barangan naik..semua fokus pada perkara remeh..gua rasa mcm dibangangkan je..gua rasa pada kita kutuk  kutuk perbuatan ni baik kita kutuk kerajaan kenapa bagi harga gula naik..dan mungkin minyak juga akan naik lagi...amcam atau gua kena rujuk juga hal ni ngan prof  pet..gua rasa gua memang kena rujuk prof.pet..

Saturday

9hb januari

Agong titah semua pihak bertenang, hormati tempat ibadah

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya saling menghormati tempat-tempat ibadah tanpa mengira kaum.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, Seri Paduka amat berharap agar semangat perpaduan dan hormat menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara ini sentiasa dijaga.
Tuanku Mizan menitahkan semua pihak terutamanya umat Islam agar bertenang berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan penggunaan kalimah Allah.

"Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sekian lama telah diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia," titah Tuanku Mizan.

lu orang suna kena dengar dan patuh dengan titah yang d pertuan agong..lu orang jangan bikin keruh..baca betul betul titah ucapan tu..lu orang jangan jadi macam orang tak tahu baca..bukan baca saja gua suh lu orang baca dan fahamkan apa kehendak agong kita..kalau lu orang tak reti mkasud dia meh sini biar gua sepak perut lu orang laju laju..

Hadi kutuk perbuatan bakar gereja
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyerang tiga buah gereja di Lembah Klang semalam.Beliau memberitahu pemberita demikian selepas meninjau kerosakan bangunan gereja Metro Tabernacle di Wang Maju hari ini.

Malah, kata Abdul Hadi, sewaktu perang pun umat Islam dilarang memusnahkan tempat ibadat, "apatah lagi ketika kita hidup dalam aman".
Beliau ditemani timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa. Mereka adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang melawat bangunan gereja tersebut.

gua tabik kat hj hadi ngan ustz nasa..gua rasa kalau dua dua ni kita jadikan calon Pm ngan Tpm pon ok gak....tapi gua kena rujuk dulu ngan professor Pet..gua nak tanya dia..amcam

Friday

8hb januari

Gereja hangus dibaling bom petrol
Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya hangus terbakar, kata sumber gereja.Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.Dua lagi gereja di Lembah Kelang turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.
 gua rasa ini adalah kerja yang paling bangang yang pernah dilakukan oleh orang malaysia..apa salah banggunan tu sampai lu orang baling bom petrol..apa lu orang tak fikir ke perasaan penganut agama tersebut..lu orang pikir la kalau masjid diorang buat serupa macam tu..apa tindakan lu orang..gua pasti bukan ahli masjid je mengamuk yang bukan ahli masjid,yang menjadi ahli kelab malam pun mengamuk..lu orang ingat dengan baling bom petrol boleh bikin selesai problemm..bangang aa..baik lu orang duk umah stim ganja kee balaja shuffle ke lagi elok aa..Gua tak faham laa yang lu orang ni beria ria sangat pasal hal ni tapi pasal hal halal haram yang lain lu tak peduli..kenapa lu tak baling je bom petrol kat kilang arak di shah alam tu..Arak tu dah sah sah allah tak suka..jatuh harammm..tp kenapa tak nak bantah..rasuah,,makan riba..dan segala hal hal yang bertentangan ngan suruhan tuhan lu orang tak mahu lawan kenapa?..sbb tu gua nak nasihat sikit laa dari lu orang melalak melolong baling bom petrol..baik lu orang blaja shuffle lagi baikk aa tak pun duk umah lalokkan diri..tak kacau orang..


Imam Masjid Negara sebak atas mimbar..
Imam Besar Masjid Negara menitiskan air mata dan tersedu-sedan ketika membacakan doa di akhir khutbah Jumaat hari ini yang menyentuh isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.Ismail membacakan khutbah yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berjudul 'Akidah benteng kekuatan ummah'.

gua baca berita ni juga rasa sebak juga..sebak mengenangkan kerenah ummah yang tak punya akidah..gua sebak bila terbayang paderi gareja yang di balaing bom sebak tgk rumah ibadat mereka di baling bom petrol sehingga terbakar..sama sahaja perasaan paderi itu dgn imam besar masjid negara..mereka rasa sebak sebab mereka berdakwah demi kebaikan mengikut kefahaman agama masing masing..tetapi penganut penganut agama ini yang tak faham  ajaran yang di bawa ..sepatutnya perlu ada toleransi dan sikap menghormati..tapi lu orang takde ras tu..bagi gua pada lu orang buat kerja tak faedah mcm tu baik lu orang duk umah menari shuffle atau telan estacy lagi baik aa..nak best lagiii isap ganja sambil layan bob marley...

7hb januari

Tragedi Gemencheh: Suspek direman seminggu

Polis hari ini mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu ke atas seorang suspek berusia 34 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh empat beranak di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin,

syabas dan tahniah pihak poliss..gua tabikk spring..boleh gua sambung isapa ganja dengan aman..

Gadis parah didera kerana ketatkan pakaian sekolah
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun cedera parah di kaki dan beberapa bahagian badan dipercayai didera ibu bapanya,
berpunca daripada tindakan pelajar itu mengecilkan saiz pakaian seragam sekolahnya.

Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Khalid Munap berkata kejadian di Kampung Geting dekat Tumpat berlaku kira-kira 7 pagi semalam ketika pelajar tingkatan tiga SMK Geting sedang bersiap untuk ke sekolah.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, pada mulanya dia dimarahi ibunya ekoran tindakan mengecilkan uniform sekolah, namun bapa pelajar terbabit yang bosan mendengar leteran isterinya itu kemudian bertindak memukul mangsa dengan seterika panas dan rotan.

gua mula mula ilang stim juga bila baca berita ni..tapi gua rasa elok juga  mak bapak dia buat macam ni..tapi gua rasa kurang sikit laa sbb anak tu tak mati..kalau nak dera kasi mati terus senang lu orang dah tak yah tgk muka anak tu lagi..hati tak sakit..muka tak malu..maruah tak jatuh..Gua mmg stuju lu orang dera sbb anak tu kecilkan saiz baju sekolah..ni la bebudak sekolah zaman sekarang..pg sekolah bukan nak blaja bukan nak ambil ilmu..tp pegi skolah nak blaja shuffle..nak balaj isap ganja..isap ais..makan estacy..belaja jadi bohsia berkaliber..belaja jadi anak ikan..belaja minum todi...Bagi gua lantak mak bapak dia la nak buat apa kalau anak tu bakal menyusahkan dia satu hari nnt..Hal ni pon gua kena rujuk professor Pet..


Gua nak sambung berdengung sambil layan bob marleyy...get up... stand up.. 

Kereta terbalik, Nizar cedera
gua baru aja nak menganjakan diri..tetiba gua dgr berita ni sayup sayupppp.aja..terus tak jadi gua nak menganja kan diri gua..

Menteri besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera ringan apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang jalan hari ini.

sabor ajala mcam macam kejadian hari nie...sambung isap ganja laaaagii baik

6hb januari

Pembunuhan kejam keluarga imam

Empat beranak dibunuh dengan kejam dan mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua rumah yang terletak bersebelahan di
Kampung Batang Rokan, kira-kira enam kilometer dari Gemencheh semalam.

Mereka ialah imam masjid kampung berkenaan Atan Daud, 90, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu Ismail Awang, 76, dan cucu mereka Siti Khatijah Ismail, 22.

Dah beberapa hari kita di sumbat dengan isu penggunaan nama allah ,kes rogol ,harga barang naik..harga..hari ni stim gua ilang terus bila gua baca berita ini..Apa dah jadi dengan manusia hari ini..semakin hari semakin gila..semakin mereng..mudah ilang pedoman..gua ingat dah 6 hari tahun baru makinn ceria rupanya sama juga..berita macam ni buat gua ilang rasa nak stim ganja..ilang shetim gua nak blajar shuffle..

Tindakan tegas kepada ibu bapa remaja rempit
Polis akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap ibu bapa atau penjaga remaja bawah 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti mat rempit dan samseng jalanan, kata Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah hari ini...

 gua terbaca berita ni plak..tiba tiba gua bersemangat balik nak sedut  ganja..nak blaja shuffle..sbbnya..gua tak faham kenapa mak bapak yang di persalahkan bila anak anak merempit..bagi gua biarlah bebudak ni merempit sbb kalau diorang mampus tgh jalan maka kuranglah bakal bakal penjenayah,penagih, penyamun berkaliber...maka bapak bagi gua tak salah sbb diorang tahu anak diorang dah takde masa depan jadi dari biarkan terus hidup untuk menjadi penjenayah,penagih,penyamun berkaliber..biarlah diorang merempit sesuka hati....tapi hal ni pun gua rasa gua kena rujuk ngan professor Pet yang gua jumpa itu hari..gua nak tanya dia..

Viva Palestin: Rakyat M'sia turut ditahan

Lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah, dan tujuh ditahan polis Mesir dalam kejadian tunjuk perasaan di Pelabuhan El-Arish pada 11.40 malam Selasa waktu tempatan.

Yang ditahan termasuk seorang warga Malaysia, Ibrahim Mohd Azmi, pelajar perubatan Universiti Bristol United Kingdom yang menyertai konvoi itu sebagai sukarelawan konvoi dari London 6 Disember lepas.Ibrahim bagaimanapun dilaporkan dibebaskan lewat malam ini..

gua tak faham..tak faham..kenapa sampai kesana tunjuk perasaan..apa kat malaysia dah tak boleh tunjuk perasaaan..gua rasa kalau tunjuk perasaan untuk palestin takder masalah kat malaysia ni..tapi kalau tunjuk perasaan terhadapa kerajaan memang mandi freee..t

KDN berjaya tangguh guna nama Allah

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menangguhkan keputusan membenarkan mingguan Katholik - Herald - menggunakan kalimah Allah.
Hakim Lau Bee Lan membenarkan permohonan tersebut sementara menunggu perbicaraan rayuan KDN terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Khamis lalu.

tahniah tahniahh..berjaya kurangkan sedikit ketegangan....gua sambung sedut ganja...dan blaja shuffle

5hb januari

Dr M: Undang-undang tidak dapat selesai isu 'Allah'

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kontroversi penggunaan kalimah 'Allah' adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.

"Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah 'Allah' juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan," tulis Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

"Undang-undang tidak mengambil kira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut agama yang berlainan.

"Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja," tegasn
ya.

Sekali lagi aku rasa cam stimm kena estacy bila baca kenyataan x perdana menteri ni....dan aku rasa mat pet yang aku jumpa itu hari makin lalok  kalau dia baca kenyataan  ini..kalau mahkamah tak boleh laksanakan undang undang kepada siapa kita nak cari jawapan dan jalan penyelesaian..tak kan nak tanya mat pet kot..


Kalimah 'Allah': Nasihat menteri pada penulis blog

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menggesa penulis blog dan laman internet supaya tidak menyiarkan apa-apa yang negatif berhubung isu penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katholik, Herald.Katanya, pihak terbabit khususnya penulis blog dan laman-laman internet harus memelihara batasan yang ditetapkan apabila berkarya supaya tidak mewujudkan ruang negatif yang boleh disalah guna oleh golongan tertentu.

Ni gua nak nasihat sikit kat para blogger..lu orang tulislah apa saja yang korang nak tulis pasal isu ni asalkan benda tu tak langgar adab susila dan cetus huru hara..

Kerani dituduh cuba rogol inspektor polis
Seorang kerani dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas dua pertuduhan cuba merogol dan mencederakan seorang
inspektor polis yang juga bekas teman wanitanya di sebuah hotel di sini bulan lepas.

 gua memang terperanjat lalok bila baca berita nie..apa punya bangang mangkuk nie..apa payah nak merogol dah minah tu awek lu..masuk minang pastu nikah..dah takyah susah  payah nak merogol..macam macam kempen dah buat macam macam lagu dah dicipta tentang budi bahasa..kenapa la tak hargai karya agung tulisan seniman seniman tu..mcm ni memang gua kena pergi cari mat pet itu hari..gua nak tanya dia lak hal ni

4hb januari

Kes rogol di K'tan naik 25%

Kes jenayah rogol di Kelantan khususnya membabitkan golongan kanak-kanak bawah umur semakin membimbangkan apabila negeri itu mencatatkan peningkatan 25 peratus atau 313 kes tahun lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata 60 peratus daripada jumlah kes rogol dilaporkan sepanjang tahun lepas di negeri itu membabitkan mangsa berumur bawah 16 tahun.
"Sebanyak 23 kes rogol membabitkan mangsa bawah 12 tahun, 165 kes (umur 13 hingga 16 tahun) dan 125 kes melibatkan mangsa 16 tahun ke atas," katanya kepada pemberita pada perjumpaan khas dengan wartawan Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Kota Bharu semalam.
bila baca cerita ni terkejut juga laa..tapi apa gua bleh kata pasal kes mcm ni..manusia zaman sekarang ni dah tak boleh nak di ajar dan di bentukk..bawak la kempen apa pun ..nyanyi la lagu apa sekalipun kempen la budi bahasa sekalipun tapi bila nafsu dah merajai fikiran tak dapat nak ulasan..orng yang mcm ni patut kita potong saja dia punya anu..biar dia rasa..tapi ni macam ada unsur politik kan kenapa tiba tiba kelantan yang naik mana statistik negri lain..apa polis negeri lain takder terima laporan kes rogol ke..Ni yang buat gua nak pergi cari balik mat pet itu hari..gua nak tanya dia pulak laa..

3hb januari

Pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia telah menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lalu yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catolic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dan merancang untuk mengadakan demonstrasi.

Gua bila baca berita ni gua teringat dialog gua dengan mat pet tu..

Kalimah Allah: PM akan mengadap Agong...

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta umat Islam di negara ini bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

sekali lagi hero datang menyelamatkan keadaan dengan cara yang paling cool..gua tengok muka najib makin ada nur cahaya..tak tahu la cahaya lampu ke cahaya flash kamera..susah nak beza nie...


NGO buat laporan polis...

Sebanyak 13 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis kerana membantah tindakan majalah Herald - The Catholic Weekly, menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.

gua dari tadi mengantuk bila baca ni naik stim..macam stim kena estacy..bergoyang goyang kepala gua..rupanya ada lagi hero yang datang membantu mengusutkan suasana..Sama mcm mat pet yang kusutkan kepala gua bila gua tengok dia berjalan..

2hb januari

Negara di kejutkan dengan Berita yang agak sensitif iaitu penggunaan nam allah bagi terbitan majalah katolik..Aku ingat satu negara terkejut dengan keputusan mahkamah itu..berbagai pandangan dan pendapat yang di keluarkan oleh pemimpin kerajaan dan pemimpin agama.. macam macam pendapat dapat di baca di akhbar arus perdana atau internet..masa ni aku tengok banyak yang dah jadi alim ulama..ada yang jadi lebai kelam ada yang jadi alim kabut..semua nak mempertahankan nama allah dari di permaiankan..syabas syabasss..

 ini dialog mat pet yang gua jumpa mas gua merayap kat tgh kotaraya kula lumpur....Allo braa deer..gua nak tanya lu la kan..pasal apa gua tgk semua mau tunjuk meraka sayang sama allah taat sama allah..tapi gua pelikk laa kenapa tak semua aturan allah mereka  follow aa..tgk mcm gua..Gua tak memekik mekik tunjuk marah sbb gua tahu gua langgar ruless..tp yg ada gua nampak biasa langgar rules lebih dari tok kiyai diorang memekik..lu xplain kasi gua..


Aku mula mula mals nak lauan mat pet tu tapi bila aku dengar dia cakap macam tu..aku terpikir la juga kan..betul juga cakap mat pet tu..aku cakap kat mat pet tu lu pon ada jawapan dia..mat pet tu blah..gua tgk mat pet tu nak kara berjalan mcm shuffle nak kat shuffle mcm berjalan..gua dapat simpulkan dari keaadaan mat pet tu..sama macam mereka yang membantah pengunaan nama allah oleh akhbar katolik..

1hb januari

GULA NAIK 20 SEN MULAI ESOK – berita hairan

Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Md Zain Md Dom, sebentar tadi.
Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram. Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak.

Setelah penat bergembira macam mat rock telan estacy..kita di kejutkan dengan kenaikan harga gula..hadiah tahun baru 2010..ni lebih stim dari estacy..lebih stim dari kena ganja..

EKONOMI NEGARA AKAN LEBIH KUKUH PADA 2010 -NAJIB

Malaysia akan mencatat pertumbuhan lebih kukuh dan positif pada tahun 2010 dengan inisiatif jangka panjang dan jangka pendek yang akan diperkenalkan oleh kerajaan, kata Najib Razak.
Dia berkata, kerajaan berharap defisit fiskalnya akan dapat dikurangkan daripada 7.4 peratus kepada 5.6 peratus pada tahun depan.

lega sikit bila baca berita ni macam baru lepas menahan sakit perut atau sembelit..harap harap apa yang najib ni cakap ada kebenarannya..bukan apa dah letih dah asyik kena tipu..tahun lepas kata OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM.OUR FUNDEMENTAL IS STRONG..Mat pet yang dengar ayat ni terus tambah stim..Mat estacy terus menelan tanpa henti..tapi akhirnya terbongkar yang negara mengalami defisit..ilang stim mat pet dan mat estacy..harap harp kenyatan baru ni tidak akan buat Mat pet dan Mat estacy ilang stim lagi..

Malaysia di tahun 2010

Selepas beberapa hari kita semua rakyat malaysia menyambut kedatangan tahun 2010..berbagai peristiwa menarik telah berlaku.Ada yang melibatkan perihal politik,keagamaan ekonomi,sosial dan sebagainya.Aku sendiri pening memikirkan kenapa pembukaan tahun yang di anggap akan merubah suasana suram 2009 di sambut dengan berbagai kejadian yang tidak disangka.Sebelum merapu lebih jauh kita imbas kembali keriangan menyambut tahun baru dengan penuh meriah..percikan bunga api..konsert konsert..belum lagi ambil kira kelab kelab malam yang mengajurkan party tahun baru..tokey tokey rumah urut adakan promosi harga hujung tahun..Mat rempit minah rempit merempit sesuka hati..couple berpesta gi hotel murah..pegawai jabatan agama  berpeluh ketiak turun naik tangga..anggota polis lenguh kaki berdiri mengawal lalulintas ada juga yang merempit kejar mat dan minah rempit..semuanya meriah..hebat sambutan tahun baru kali ini..adakah kemeriahan seperti ini akan berterusan sepanjang tahun tunggu dan lihat sorotan 6 hari di tahun 2010...