Tuesday

12 januari lagi..

Wartawan PKR diugut depan rumah saudara Rosmah
Seorang wartawan akhbar PKR Suara Keadilan mendakwa polis bertindak kasar selepas mewawancara seorang wanita yang dikatakan ada pertalian keluarga dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor kelmarin.
Dalam aduan polisnya, Abdul Qayum berkata selepas mengetahui beliau wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki berpakain biasa - dikenali sebagai Muhammad - memaksanya menyerahkan kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran keretanya.
"Beliau turut merampas nota penulisan saya serta rakaman dihapuskan kerana tidak berpuas hati dengan temubual yang dijalankan bersama seorang wanita yang dikenali Saharah.
"Polis (bersama kereta peronda) menunggu di luar rumah, manakala Muhammad mengambil segala pengenalan diri dan dokumen yang dibawa oleh saya tanpa kebenaran saya sendiri," aduan polis Abdul Qayum, 25, semalam dipetik "Polis dan Muhammad mengugut saya dalam berbentuk ancaman mahu mencari
saya dan keluarga dengan cara apapun jika temu bual tersebut disiarkan."

gua pon rasa heran juga ngan mamat wartawan ni..lu nak interbiu pasal tragedi ke pasal rosmah..mana satu tujuan lu sebenarnya..kalau lu nak interbiu pasal rosmah lu cakap aja terang terang kat polis tu..tapi yer la kerja lu sebagai wartawan kan suka hati lu laa..gua tak halang..gua heran gak la kenapa asal pihak keadilan aja laju je polis wat kerja..macam ada yang takut dengan bayang bayang sendiri..siap ugut ugut pulak tu..wahai POlis Lu tu kan ke di tugaskan jaga keamanan buka cetus huru hara atau perbalahan..yang lu pegi ugut wartawan tu kenap biarlah dia buat kerja dia..dia buat kerja demi rakyat..dia buat kerja kerana amanah rakyat..untuk mencari kebenaran dan Keadilan..Yang nama muhammad ni polis ke?kalau bukan polis gua nak nasihatkan la kat muhammad ni..nama lu dah cantik makna pun baikk..tapi kalau lu bikin perangai cam ni..gua rasa baik lu duk umah menari shuffle aa..lu tak yah la nak belagak cam polis..cukup cukup la yang menyamar polis wat kerja tak senonoh..jangan lu plak nak join the club..baik lu join club shuffle aa..,tak pon lu join persatuan mat mat pet semalaysia..ibu pejabat bawah jambatan kat chow kit..