Pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia telah menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lalu yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catolic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dan merancang untuk mengadakan demonstrasi.
Gua bila baca berita ni gua teringat dialog gua dengan mat pet tu..
Kalimah Allah: PM akan mengadap Agong...
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta umat Islam di negara ini bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.
sekali lagi hero datang menyelamatkan keadaan dengan cara yang paling cool..gua tengok muka najib makin ada nur cahaya..tak tahu la cahaya lampu ke cahaya flash kamera..susah nak beza nie...
NGO buat laporan polis...
Sebanyak 13 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis kerana membantah tindakan majalah Herald - The Catholic Weekly, menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.
Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.
gua dari tadi mengantuk bila baca ni naik stim..macam stim kena estacy..bergoyang goyang kepala gua..rupanya ada lagi hero yang datang membantu mengusutkan suasana..Sama mcm mat pet yang kusutkan kepala gua bila gua tengok dia berjalan..