Monday

hari yang tak best...

1 febuari gua ingat hari ni bikin gua ceria aa sikit..gua cuba untuk tidak membaca akhbar metro sebab gua tak nak baca kisah pelik tapi benar dalam akhbar tu dan juga tengok gambar dr jusmate dengan rambutnya..astaga..gua sumpah gua takkan buat rambut macam dia...tapi hari ni gua terpaksa langgar azam gua sebab kedai mamak tu dah abis berita hairan ngan ututsan melayau..yang ada metro..gua dengan berat hati terpaksa beli sebab gua taknak otak gua jadi lembab..sebab tak membaca..gua beli la juga..tajuk menarik kisah kelab janda..huh..janda ada kelab..gua tertarik juga..tapi bila dah baca upanya kisah tempat karaoke yang menyediakan PR dari golongan janda muda..PR?owh ini kira bahasa lembut la..kalau bahasa kasar dia GRO..tp gua malas nak tulis GRO..biar gua tulis PR nampak komersial sikit..gua terkejut juga bila baca income diorang ni boleh pegi sampai puluhan ke belasan ribu sebulan..hebat..tapi mereka kena gadai maruah untuk dapat pendapatan lumayan..gua tertarik ada satu PR ni punya kenyataan..lu orang baca la sendiri..pegi beli metro..apa yang buat gua suram sebab gua tak nampak gambar dr jusmate...kadang kadang gambar dia boleh bikin gua ilang stress..tapi selalu gua stress tgk gambar dia...lantak la...
Gua teruskan projek gua jalan jalan cari pasal ngan kawan kawan..ajak join MLM..gua cakap masa ni la nak buat duit..lu orang jangan fikir negatif ngan MLM..bisness ni bukan nak lelong lu orang..lu orang buat kerja lu orang berjaya..lu oarang malas lu orang gagal laa..banyak memeber gua bila dengar MLM dah ngeri..gigil macam nampak hantu..terus tutup pemikiran..tolak mentah mentah..bagi pandangan negatif..gua walaupun rasa nak tendang perut kengkawan gua ni tapi gua pendam kemas..gua sabar..gua tetap dengan cara gua pujuk ..buka pemikiran diorang  bagi input positif..terutama mereka yang gua panggil golongan mercedis..lu orang tahu apa itu golongan mercedes..hah golongan ni kerja mereka masuk kul lapan pagi..rehat kul 12 tgh hari balik jam 5 petang..lu orang tgk jam lu orang semua..pastu lo orang tengok lambang mercedes..sama tak..gua malas nak ulas panjang panjang..lu orang pikir la sendiri..sampai bila lu orang nak jadi golongan mercedes..tapi lu orang tak pakai pakai juga kereta mercedes..tu sebab gua ajak kawan kawan gua buat bisness..bukan tujuan untuk beli mercedes..tetapi keluar dari kepompong masa..atau senang cerita jadi hamba masa...sebab tu gua cakap gua tak pernah tak cukup masa..tapi gua terlebih masa..kenapa?sebab gua tak pernah jadi hamba pada masa..malas gua nak merepek lagi..gua nak pegi cari bahan..berdengunggggg....

bulan febuari...

hari ni bermula la bulan febuari,,yang mana bagi setangah orang bulan ni bulan berkasih sayang bercintan cintun..kalau ada yang menikah pilih tarikh yang dikatakan terbaik 14hb..bagi gua lantak lu oarang la nak panggil bulan ni bulan apa..bagi gua tetap bulan febuari..selepas januari..gua sebenar tak tahu nak melabun apa ..apa yang gau tahu projek jalan jalan cari pasal gua tetap di teruskan...bisness gua mesti mau jalan seperti biasa..kalau gua tak bisness soru gua miss..gua takmau jadi macam tahun lepas setahun gua sengsara..bisness jatuh,,ekonomi jatuh..gua pon jatuh..tangga...tahun ni gua harap sinar kembali terang..bisnes kembali kencang..pendapatan gua tak suram..baru gua boleh berlagak macam dulu dulu....baru gua boleh ubah imej gua..tapi gua takkan buat rambut tomok..itu tekad gua bila bisnes gua dah ok..gua ada 3 bulan untuk "merempit"...bukan rempit motor..gua nak rempit gua nyer perniagaan daa...tahun ni gua ada aktiviti yang gua rasa besar dalam hidup gua..reunion geng geng sekolah lama gua..anjuran kawan kawan kakak gua termasuk kakak gua sekali..gua memang happy nak join acara ni..gua nak jumpa balik kawan kawan gua..senoir senior gua..tak kira yang baik ngan gua atau yang pernah gua pukul...tapi gua tak pernah pukul orang,,orang pukul gua ada..maklumlaa gua  budak baikk..(puji diri sendiri)..bila acara ni diorang buat ,,gua terus teringat zaman gua sekolah..gua bukanla tergolong dalam pelajar cemerlang..tapi gua memang berpotensi untuk dibuang sekolah waktu tu..gua memang agak nakal la terutama lepas gua abis tingkatan 3..tah macam mana gua tiba tiba boleh jadi macam tu..gua tiba tiba jadi nakal..akak gua pengawas sekolah tu..gua lak hari hari bergaduh ikut kawan kawan gua..kegemaran gua masa tu belasah budak cina..budak india kurang cari pasal ngan geng geng gua...anak cina selalu..siap panggil geng luar lagi..gua and the geng tak gentar...lawan tetap lawan biar pon bila balik umah gua akan berdepan dengan yang lagi genster..iaitu arwah bapak gua..kompom gua kena libas ngan getah paip..gua kena kejar keliling umah..huh..tu la akibat nakal..gua pon tak tahu dapat tak hadir di acara reunion ni..memandagkan gua sibuk sebab terlebih masa bukan tak cukup masa..tapi gua cuba la untuk hadir...gua ingat gua nak tulis pasal kenangan zama gua kat panglima perang..tapi tengok aa camner..gua tunggu ada kekurangan masa baru gua tulis..cuma hari ni gua nak merapu menda lain...

Saturday

hari yang suram

hari nie gua tah mcm mana leh terbangun awal..gua pon tak tahu sebab yang kukuh..gua rasa gua dah tido lewat dah..yang gua bengang gua tak boleh nak lelapkan mata balik walaupon pedih mata gua nie..puas gua try tapi tak bolehh..bengang tul gua ngan mata gua ni...last last gua amik keputusan untuk pergi kedai mamak  pekena teh tarik..tengah gua syok layan teh tarik gua nampak la ada beberapa kumpulan budak budak rambut tomok lat situ..gua pendam kemas rasa hati gua nak tendang ..tengah gua tahan geram gua terperasan sorang dari mamat tu macam gua biasa jumpa..astaghafirullahh..member sekampung gua..tp muda sikit dari gua..gua macam tak percaya je..kat kampung punya la baik..alim..sampai bandar teus berubah..gua rasa macam nak blah tapi gua tgk mamat ni bangun tersengih sengih macam mat pet baru pas stim..gua dah tak bleh buat apa nak blah serba salah last gua sambut salam dia..gua ajak dia duduk dan borak ngan gua ..tengah sedap sembang pasal kampung tiba tiba gua dengar member dia panggil..roneyy..member gua paling kat group dia..astaghafirullah..tukar nama dah..roneyy..mangkuk tingkat..nama baikk je mak bapak bagi tukar jadi roneyy..gua yang bertahun tahun lamanya duk Kolumpo ni tak penah tukar nama..dia baru tiga bulan sampai kolumpo dah tukar nama..mamat ni sengih lagi pandang gua"jangan citer ngan orang kampung gua tukar nama"..gua rasa nak tendang je perut mamat ni..tpa gua pendamkan hasrat hati gua...gua kata lantak kau la..tapi lu tunggu lu sampai kampung depan mak bapak lu gua panggil lu roneyy..gua nak tengok aksi kejar mengejar keliling kampung....mesti meraih kampung gua hari tu...

sultan johor mangkat

al fatihah..

Friday

cerita kedai kopi..kali ni pasti hebat..

Dua surau di Muar dibakar
Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini - sebuah daripadanya rosak teruk.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan kedua-dua kejadian itu.Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer.

surau kedua itu rosak teruk dengan permaidani, pintu dan tingkapnya terbakar.

Menurutnya, di surau pertama, hanya tirainya terbakar dan cermin tingkap pecah.
Imam surau Kampung Sabak Awor, Haji Deris Sehan, 63, memberitahu bahawa penyerangnya menggunakan minyak tanah untuk membakar tirai itu.

Katanya, seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu, terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

gua dah pernah tulis pasal hal ni masa kecoh kecoh kes penggunaan nama allah bebaru ni..sampai timbul kekecohan hingga ada yang sampai pegi baling bom petrol kat gereja..masa tu gua tengok dari yang muda spesis rambut tomok..mat mat shuuffle..hingga ke peringkat dewasa dan orang tua..semua dengan pantas buat demo..tapi bila gua baca kisah ni dari semalam sampai hari ni takde lak berita nak berdemo buat bantahan..lu orang kenapa..itu hari semua macam hero..semua tunjuk marah..ni sekarang apa dah jadi..gua penah tulis dalam blog gua lu orang suka suka pergi bakar rumah ibadat agama lain..lu orang penah fikir perasaan penganut agama tu..diorang terluka terhiris terhina...kenapa orang islam takde rasa hormat kepada agama mereka..sedangkan nabi kita mengajar agar saling menghormati sesama kita..sekarangkita pulak yang terkena ..jadi bagi gua lu orang fikir fikirkanlah..setiap tindakan yang kita buat kita kena fikir akan kesannya kemudian hari..macam gua..gua kalau nak shuffle gua kena fikir pasal kaki gua buat tersalah mau tergeliat ..tak dapat gua merayap cari pasal ngan kawan kawan ajak join MLM gua..guua kalau nak headbang pon gua kena pikir tengkok gua buatnya tergeliat takdapat gua mengadap mukabuku dengan normal..tak dapat gua merapu dan merepak dalam blog gua dengan selesa...

jadi perkara dah berlaku bagi gua ini adalah kehendak NYa.. DIA mau uji umat umatnya dengan kejadian ini...kita terimalah dengan redha atas apa yang pernah kita lakukakan kepada rumah ibadat agam lain..bukan dengan menimbulkaan lagi kekecohan tetapi kita perlu cari jalan penyelesaiana secara damai..dan berilmu

"MELAYUKU JADILAH MELAYU YANG BERILMU"

Thursday

21 januari debat hangat kedai kopi

gua semalam tak menulis sebab gua pegi jalan jalan cari pasal ngan kawan kawan..bukan gua pegi blasah diorang tanpa sebab..tapi ada sebab..gua pegi cari pasal..gua ajak diorang ikut gua buat MLM..sambil sambil gua jeling jeling juga  berita kat surat khabar kegemaran gua..ada la 2 tiga perkara menarik gua pumya minat nak membaca..yang lain sama je..biasa la metro..cerita orang makan nasik 1 hari sekali jadi isu...citer makan lauk 3 jenis jadi isu..kena simbah air panas jadi isu..mcm dah takde kejadian lain dalam malaysia ni di buatnya...sambil gua kempen MLM gua ada gak debat ngan kawn kawan pasal kes rasuah ni..lu orang baca

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap 34 orang, termasuk 24 kakitangan kerajaan dan dua pembantu ahli politik, kerana didakwa terbabit dalam rasuah eksport pasir.
Jumlah rasuah terbabit melebihi RM280,000 dan habuan seks. Mereka ditahan di lima negeri sejak seminggu lalu.SPRM telah menjalankan siasatan terhadap kes tersebut sejak bulan April tahun lalu selepas mendapat maklumat dari orang ramai.Ditanya mengenai profail mereka, beliau berkata, pegawai-pegawai tertinggi mungkin terbabit tetapi enggan mendedahkan sama ada mereka merupakan ahli-ahli politik.individu yang terbabit dalam sindiket jualan pasir masing-masing menerima RM500 hingga RM50,000, dengan sesetengahnya menerima rasuah secara bulanan. Tiga individu juga menerima habuan seks.
SPRM telah merampas sejumlah RM50,000 dari individu-individu dan dokumen bagi menyokong siasatan terhadap mereka yang terbabit.

gua baca cerita ni gua terus berdebat ngan member gua..dia puji SPRM.gua cam biasa la hentam SPRM..gua cakap ngan member gua lu ingat ini kes besar ke..gua cakap ini kes kecik..kes seludup pasir..sama macam kes seludup beras kat sempadan siam...kerja yang akan tetap berlaku walau ada yang di tangkap dan di dakwa..kerja ni dah berjalan bertahun tahun lamanya..ini cuma untuk alih perhatian rakyat aja..gua cakap lu fikir tgk dari awal tahun baru mcam macam kes keluar..yang paling best harga gula naik harga barang naik..member gua yang jenis rambut tomok nie tetap pertahankan dia nyer hujah..masuk pulak mamat rambut pacak..nak hentam gua sorang..gua cam biasa rilek jer..gua tak banyak cakap gua suruh dia baca balik kes kes rasuah yang pernah di dedahkan tapi hujung hujung senyap sunyi mcm kampung gua tengah malam..gua bagi beberapa contoh kat member gua yang rambut cam tomok ni..akhirnya dia belanja gua makan nasik kandar..sebab dia sedar tak guna berdebat ngan gua..kerana akhirnya dia kena join MLM gua..hahahaha..misi gua berjaya..

Tuesday

lagi cerita kedai kopi

AADK guna Facebook, Twitter

PETALING JAYA - Selaras dengan usaha untuk mencapai sasaran negara bebas dadah 2015, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kini turut menggunakan Facebook dan Twitter sebagai saluran aduan berkaitan dadah.
Pendekatan terbaru menggunakan laman rangkaian sosial itu diperkenalkan sejak awal tahun ini dan mula menerima maklum balas memberangsangkan.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Abd. Bakir Zin berkata, Facebook dan Twitter dilihat mampu menjadi platform dan forum baru kepada orang ramai menyalurkan pendapat dan memberi cadangan khusus untuk membasmi penagihan dan pengedaran dadah.
"Sebelum ini, AADK menggunakan saluran blog, e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi membolehkan orang ramai menyampaikan aduan dan pandangan mereka, kini dua laman sesawang itu juga boleh digunakan.
"AADK memerlukan sokongan ramai dan ingin memperkayakan seberapa banyak maklumat, oleh itu medium terbaru ini akan diguna untuk tujuan yang satu iaitu negara bebas dadah," katanya pada sidang media di sini semalam.
  gua tersengih sorang bila baca berita ni melalui kosmo online..gua baca sambil minum tea o kat mamak bawah opis gua laa..mamak tu sampai pelik tengok gua sengih sorang sorang..dey macha u apahal senyum sorang juga?gua cakap lu tengok berita ini..tapi mamak tu cakap saya tak tau baca melayu..saya india mari..gua agak dia ni mesti satu dari 40 ribu rakyat india yang hilang bila samapai malaysia..gua gelengkan kepala aja laa.. lantak kau laa...gua pun terus baca sambil senyum..AADK baru nak guna facebook ngan twitter..gua ingat mat mat pet dah lama dah guna myspace ngan facebook ni..AADK baru nak guna..lembab tul la tindakan lu orang dalam dunia IT ni..tapi bagi gua ni satu usaha yang baguss..so lps ni takyah susah susah lu orang nak report pakai telepon..post aja kat wall..gua ingat polis bomba pon kena ada facebook ngan twitter aa..senang nak report kes kecurian atau kemalangan atau kebakaran..takde la lagi masalah panggilan palsu..pasni masalah yang baru gua rasa akan timbul postting palsu kat wall faebook..tapi takde la rasa sakit sangat hati operator tu dengar suara orag yang menipu kan..arhh gua malas nak merepek lagii lu orang pikir laaa